Tuesday, 29 November 2011

After 4 years

4 thun dulu,aku mengenali seseorang yang sangat istimewa dalam hidup aku. satu kisah yang aku sendiri tak dapat lupakan sehingga kini, kerana dialah penyeri hidup aku. Aku belajar untuk mencintai dan menyayangi, aku juga belajar untuk menghargai seseorang. Dialah yang pertama namun dia bukan yang terakhir bagiku, kerana dia telahpun bahagia dan aku juga yang merana. Segala perngorbanan telah aku berikan, segala penghargaan telah aku curahkan, segala kasih dan sayang telah aku hadiahkan. Namun hakikat tiada siapa yang dpat menghalang. 

Perpisahan yang berlaku lebih 1 tahun yang lepas merupakan titik hitam dalam diari hidupku. Memang kenyataan itu suatu yang menyakitkan, namun dia tetap pergi meninggalkan aku. Jauh perjalanan aku lewati untuk mengubat luka hati kecil ini, tetapi memang benar kata orang yang pertama sentiasa di hati. Setelah menjalani ranjau hidup, baru aku sedar siapakah diriku yang sebenarnya. Cinta dan kasihnya tidak layak untuk aku miliki, kerana dia jauh lebih tinggi dari aku.

Hari ini, aku berjaya membuang segala kenangan yang ada, dia tiada lagi dalam kamus hidupku. Aku lebih bahagia sendiri dari kesakitan untuk didampingi, ini kerana aku adalah aku dan aku tidak akan menjadi lelakimu. Selamat tinggal kasih, selamat jalan sayang. Semoga kebahagiaan menjadi milikmu.

No comments:

Post a Comment